Saturday, 25 June 2016

PENGALAMAN PERTAMA DALAM HIDUP

Assalammualaikum..
hari itu memang perit, kecut perut rasanyaa , memberi pengakuan di hadapan guru - guru yang berada di bilik guru perempuan bahawa yang diri ini seorang pelajar yang malas, suka tidak hadir ke sekolah, tidak buat kerja yang cikgu suruh dan tak nak berjaya . Apa yang berlaku pada hari itu benar - benar telah membuka mata aku yang selama ini lalai dan leka . Azam untuk berjaya tapi aku terfikir fikir apa yang aku usahakan untuk aku berjaya , apabila guru tiada , aku serta rakan rakan yang lain berjimba, bersuka ria dan berseronok sedangkan masa sedang berlalu dan menghampiri hari peperiksaan : antaranya MUET , Trial STPM, ULAnGAN SEM 1 & 2 , DAN SEM 3. Apa yang cikgu aku lakukan pada hari itu benar - benar membuat aku sentap dan ingin jatuh tetapi bukan salah cikgu dan aku sedar itu semuanya datang daripada aku sendiri. Aku juga ego dan malas memikirkan apa yang telah membuatkan aku menjadi tidak seperti mula mula aku belajar di sem satu dahulu. berjaya, rajin , tidak mahu tidak berjaya , kenapa aku berubah secara mendadak ? 
 pening pun pening jugak , rasa nak ambil saja surat berhenti STPM tetapi aku masih waras lagi , kerana aku telah tanamkan satu cita cita iaitu menjadi Leftenan Muda Dlm ATM , itu yang telah membuatkan ayah dan ibu bangga akan aku sebab cita cita tersebut, baru menanam  cita cita sahaja telah membuat ayah dan ibu aku berasa bangga belum lagi mahu melihat aku mengambil skrol ijazah nnti di UPNM pada hari konvokesyen kelak . Ya ALLAH aku berasa malu dan bersalah kerana perbuatan aku . aku akan terus usaha dan usaha + tawakal + doa kepada Allah SWT ... aku tidak boleh berputus asa .. aku perlu berjuang demi nama aku,mak abah dan nama negara .. terima kasih kepada guru aku yang berani menghukum aku pada hari tersebut iaitu nama manja dia iaitu Pn. Norly. Terima Kasih, ''tak semua yang berlaku itu disebabkan oleh salah orang lain''